Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kursus Mineral & Geologi

Objektif

Untuk memperkasa pengetahuan asas peserta mengenai mineral dan geologi, termasuk memahami ciri-ciri, jenis, dan kepentingan sumber ini dalam pembangunan ekonomi dan sumber semula jadi. Kursus ini juga bertujuan melatih peserta dalam kemahiran teknikal seperti penggunaan peralatan dan teknik saintifik bagi mengenal pasti serta menganalisis mineral dan formasi geologi. Kursus ini turut menggalakkan inovasi serta penyelidikan dalam bidang mineral dan geologi untuk memastikan pembangunan industri yang lebih mampan dan kompetitif.

Sasaran Peserta

  • Peserta/Pekerja industri kuari dan perlombongan.
  • Majikan Syarikat Perlombongan dan Kuari.
  • Graduan IPT/IPTS lulusan Mineral dan Geologi

Duration

5 days @ 8 hours/ day

Certification

Siemens Malaysia

Pre-Requisite

Programme Opportunities

Sponsorship

Extra

Kursus Lain

Saya mahu lebih lanjut tentang kursus ini!

Skip to content