Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), telah menghadiri Mesyuarat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Pahang bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan, perancangan dan hala tuju strategik serta perkongsian perancangan pembangunan makmal analisis baharu oleh Makmal Geokimia JMG dan kerja-kerja naiktaraf fasiliti.
Libat urus ini turut membuka ruang perbincangan kerjasama strategik antara Makmal Geokimia dan AMMP khususnya kerjasama strategik analisis mineral pada masa akan datang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Ibrahim bin Wan A Rahman, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) JMG di samping kehadiran En. Noor Akhmar bin Kamarudin, Ketua Makmal Geokimia JMG Pahang serta En. Adha Syuraini bin Abd. Ghani, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari JMG Negeri Pahang, bersama lain pegawai daripada JMG. Wakil dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan Pahang Mining Corporation turut hadir sama dalam mesyuarat ini. Semoga perbincangan ini dapat memangkinkan lagi industri mineral di negeri Pahang
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








