Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kunjung Hormat AMMP ke Pejabat Pendidikan Daerah Lipis

Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Encik Rashdan Abdul Manaf, telah mengadakan satu kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis sebagai usaha memperkenalkan AMMP serta memperkukuh hubungan strategik dengan pihak pendidikan di daerah Lipis.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi AMMP sebagai sebuah institusi yang memberi tumpuan kepada latihan dan pembangunan kemahiran dalam industri mineral, khususnya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran yang selari dengan keperluan industri serta perkembangan sektor mineral negara.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Encik Shahnam bin Abd. Rashid, AAP., AMP, bersama barisan Timbalan Sektor dan pegawai daripada beberapa bahagian di PPD Lipis.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan perkembangan pendidikan dan pembangunan modal insan, di samping membincangkan potensi untuk mewujudkan kolaborasi dalam bidang pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap kepentingan memperkenalkan bidang mineral dan industri berkaitan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah. Pendedahan awal ini dilihat dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih dekat peluang kerjaya, kemahiran serta laluan pendidikan yang berkaitan dengan sektor mineral dan industri berasaskan sumber semula jadi.

Kerjasama antara institusi pendidikan dan industri seperti ini juga berpotensi membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program berbentuk pendedahan kerjaya, perkongsian ilmu, lawatan industri, program STEM dan TVET, yang dapat memberi pengalaman pembelajaran lebih dekat dengan dunia pekerjaan sebenar.

AMMP amat menghargai sambutan dan keterbukaan pihak PPD Lipis dalam menjayakan pertemuan ini. Diharapkan hubungan yang terjalin dapat diperkukuhkan melalui kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada warga pendidikan, pelajar serta pembangunan modal insan di daerah Lipis dan Pahang secara keseluruhannya.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content