Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Sesi Perbincangan Potensi Kerjasama Strategik bersama National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) dan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP)

Satu sesi perbincangan bersama National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) telah diadakan baru-baru ini sebagai platform bagi memperkenalkan peranan, fungsi serta kepakaran Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) dalam bidang latihan dan pembangunan kompetensi industri mineral.

Sesi ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta berkongsi idea berkaitan keperluan pembangunan kompetensi, latihan teknikal dan peluang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Dalam perbincangan tersebut, AMMP turut memperkenalkan kemudahan, kepakaran serta bidang latihan yang ditawarkan dalam usaha menyokong pembangunan modal insan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam sektor mineral dan industri berkaitan.

Wakil daripada NMIM diketuai oleh Ts. Dr. Adlan Akram Bin Mohamad Mazuki, bersama Encik Mohd Fadli Fuad Bin Baharudin dan Encik Abdullah Bin Othman.

Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara AMMP dan NMIM, khususnya dalam aspek latihan, perkongsian kepakaran serta pembangunan kompetensi yang dapat memberi manfaat kepada industri dan tenaga kerja pada masa hadapan.

AMMP merakamkan penghargaan kepada pihak NMIM atas kesudian mengadakan sesi perbincangan ini dan berharap hubungan strategik antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuhkan melalui kerjasama yang berterusan.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content