Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) berbesar hati menerima jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pahang yang telah diadakan baru-baru ini. Jemputan tersebut disampaikan oleh Pengarah JMG Pahang, Puan Siti Aminah binti Abdul Sarif sebagai tanda penghargaan dan jalinan erat antara kedua-dua agensi.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan mesra itu turut diraikan kehadiran YH Dato’ Nurul Huda bin Romli, Mantan Pengarah JMG Pahang, yang turut menyemarakkan sambutan dengan kehadiran beliau yang cukup dihormati.

Kehadiran pihak AMMP ke majlis ini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga AMMP dan JMG Pahang, malah membuka ruang komunikasi yang lebih baik dalam kerjasama strategik khususnya dalam pembangunan latihan dan kemahiran berkaitan industri mineral negeri Pahang.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








