Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan Kunjung Hormat Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) Ke Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Lipis

Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Lipis, di mana beliau telah disambut mesra oleh Pengurus Cawangan, Ustaz Hazwan Hafiz bin Abdul Jalil.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif AMMP untuk memperkenalkan peranan dan fungsi akademi yang mula beroperasi di Lipis Centrepoint sejak September 2024 kepada pelbagai agensi dan jabatan di daerah ini. AMMP, sebagai institusi latihan dalam bidang mineral dan teknikal, komited dalam menyediakan program latihan yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri serta tenaga kerja tempatan.

Pertemuan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara AMMP dan MUIP, tetapi turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan. Usaha ini selari dengan objektif AMMP dalam melahirkan tenaga kerja mahir, sekaligus menyokong pembangunan sektor industri mineral di negeri Pahang.

Selain itu, pertemuan ini juga memberi peluang kepada AMMP untuk berkongsi visi dan misinya dalam memperkasakan latihan teknikal, termasuk peluang pendidikan dan latihan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti setempat. Dengan adanya sinergi antara agensi dan institusi latihan, diharapkan lebih banyak program pembangunan kemahiran dapat dijalankan untuk manfaat bersama, selari dengan aspirasi pembangunan modal insan yang mampan.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content