Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Perbincangan Sistem Mycredential bersama UMPSA Advanced dan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP)

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama UMPSA Advanced bagi membincangkan pelaksanaan dan penggunaan Sistem MyCredential dalam pengurusan latihan serta pengiktirafan kompetensi. Sesi ini turut disertakan dengan demonstrasi sistem bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai fungsionaliti dan kelebihan yang ditawarkan.

Sistem MyCredential direka untuk memudahkan pengurusan pendaftaran kursus, penilaian serta pengiktirafan kompetensi, selain menyediakan penyimpanan rekod pencapaian peserta secara sistematik dan tersusun. Dengan adanya sistem ini, proses dokumentasi dan verifikasi sijil atau pencapaian individu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan telus.

Perbincangan ini membuka peluang kepada AMMP dan UMPSA Advanced untuk meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa sistem latihan berasaskan teknologi, selaras dengan usaha ke arah pendigitalan dalam pengurusan pendidikan dan pembangunan kompetensi. Diharapkan hasil daripada perbincangan ini dapat memberikan manfaat besar kepada sektor berkaitan, khususnya dalam memastikan kebolehpasaran tenaga kerja yang lebih berdaya saing dan diiktiraf.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content