Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kunjungan kerja oleh Monument Mining Limited ke Akademi Mineral Malaysia Pahang

Pihak Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) menerima kunjungan rasmi daripada Ms. Cathy Zhai, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Monument Mining Ltd., bersama Naib Presiden, Tuan Zaidi Harun, yang juga Naib Presiden (Pembangunan Perniagaan) Selinsing Gold Mine.

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah AMMP memberi taklimat mengenai penubuhan akademi serta objektif utamanya, yang bertujuan memperkukuhkan industri mineral melalui penyediaan latihan teknikal, pendidikan, dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ini. Akademi ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para profesional dan pekerja industri mineral yang sedia ada, serta mencipta peluang untuk lapisan baru tenaga kerja yang berdaya saing dan kompeten.

Selain itu, AMMP juga menjelaskan visi untuk menjadi platform yang menghubungkan pihak-pihak berkepentingan dalam industri mineral, kerajaan negeri, dan agensi-agensi berkaitan. Dengan sokongan ini, AMMP berhasrat untuk memperkasakan industri mineral yang mampan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memajukan sektor ini.

Kunjungan ini diakhiri dengan perbincangan mengenai peluang kerjasama yang berpotensi antara AMMP dan pihak Monument Mining Ltd. dalam usaha memperkasa sektor mineral di Malaysia.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content