Perbincangan bersama UMPSA Advanced bertujuan untuk memperhalusi struktur kursus yang bakal ditawarkan oleh AMMP. pertemuan ini turut disertai oleh Puan Nurul Fazlin binti Abdul Rahman, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, serta Puan Illi Ainaa binti Mohd Arif, Pengarah Pemasaran. perbincangan ini memberi fokus kepada beberapa perkara penting yang melibatkan pertukaran idea dan pandangan, serta merancang program latihan berasaskan TVET (Teknologi Vokasional dan Pendidikan Teknikal) untuk belia dan pekerja sedia ada dalam industri mineral.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak membincangkan keperluan dan cabaran dalam menyediakan latihan yang relevan dan praktikal untuk memenuhi permintaan industri. salah satu perkara yang diberi perhatian adalah memastikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh AMMP dapat memberi impak langsung kepada pembangunan kemahiran tenaga kerja dalam sektor perlombongan dan mineral, dengan mengambil kira perkembangan terkini dalam teknologi dan amalan industri. perancangan ini turut melibatkan pendekatan yang lebih holistik, di mana aspek pembangunan kemahiran insaniah serta kepentingan amalan perniagaan yang mampan juga menjadi tumpuan.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








