Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan kunjung hormat Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ke pejabat Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) hari ini. Lawatan tersebut disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMC, Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Ali @ Jaafar, bersama barisan pegawai beliau.

ertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan peranan AMMP dalam menyediakan latihan yang relevan bagi pemain industri perlombongan dan kuari. Selain itu, sesi ini turut dimanfaatkan sebagai ruang pertukaran idea dan pandangan daripada pihak PMC dalam usaha memperkukuhkan peranan AMMP sebagai pusat latihan berasaskan mineral.

Kerjasama ini diharap dapat terus menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan menyokong pertumbuhan mampan dalam sektor perlombongan dan kuari di negeri Pahang.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content