Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB. Dato’ Amizar, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, serta YBrs. Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya, Pengarah JPJ Negeri Pahang, atas kunjungan mereka ke reruai Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP). Kehadiran mereka telah menyuntik semangat dan memberikan sokongan moral yang amat bermakna.

Booth AMMP mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang hadir, termasuk pelajar, usahawan, dan masyarakat setempat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang latihan dan pembangunan dalam bidang mineral.

Antara tarikan utama di reruai AMMP ialah sesi penerangan mengenai kursus kemahiran berkaitan mineral, pameran bahan mineral tempatan, dan teknologi terkini dalam sektor perlombongan serta pengkuarian. Aktiviti interaktif seperti kuiz dan cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan suasana.

Penyertaan AMMP dalam karnival ini mencerminkan usaha berterusan untuk mendekati masyarakat, memperkenalkan potensi sektor mineral, dan menggalakkan penglibatan lebih ramai individu dalam bidang yang strategik ini.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚








