Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Perbincangan Lanjutan Penyediaan Modul Kursus Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP)

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan sesi perbincangan bersama YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrurrazi Bin Ishak, Felo Penyelidik Kanan di Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology (Pusat SMaRRT UMPSA). Sesi ini bertujuan untuk merangka dan membangunkan modul akademik serta kemahiran yang berkaitan dengan industri perlombongan dan pengkuarian.

Perbincangan dua hala ini memberi fokus kepada penerapan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perlombongan yang mampan, dengan penekanan kepada teknologi terkini dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber mineral. Kerjasama ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kapasiti tenaga kerja dalam industri, serta meningkatkan kemahiran teknikal bagi memastikan kelestarian dalam sektor perlombongan di Malaysia.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content