๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ :
Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Sustainability Development Centre Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi mengadakan perbincangan bersama Pengarah, YBrs. Dr. Shuhaidah Binti Hussain. Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah pengaplikasian โSustainable Development Goalsโ (SDG) dalam industri mineral di Pahang, serta di peringkat negara secara keseluruhannya.
Perbincangan ini memberi fokus kepada bagaimana sektor mineral dapat menyumbang kepada pencapaian SDG, khususnya dalam aspek kelestarian alam sekitar, penggunaan sumber secara bertanggungjawab, dan pengurangan kesan negatif terhadap ekosistem. Selain itu, kerjasama antara AMMP dan Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA juga dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan kursus dan program yang memberi penekanan kepada pendidikan kelestarian dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber mineral.
Lawatan ini merupakan langkah penting dalam mengukuhkan kerjasama antara akademia dan industri, serta memastikan bahawa pembangunan dalam sektor mineral seiring dengan prinsip kelestarian yang diperlukan untuk masa depan yang lebih hijau dan mampan.
โ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐ซ๐๐ฅย ๐๐๐ ๐๐ซ๐โ








