Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) menerima kunjungan hormat daripada YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Pelaburan Negeri Pahang. Turut hadir bersama ialah YH. Dato’ Hamdan Bin Hussin, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang, diiringi oleh YH. Dato’ Khairun Nissa Binti Aris, Pegawai Daerah Maran.

Sempena kunjungan tersebut, YB. Dato’ Mohamad Nizar turut menyerahkan Sijil Penyertaan kepada Pengarah AMMP sebagai penghargaan atas penglibatan aktif dalam Karnival Tanah Pahang yang berlangsung di Mydin Mall Jengka. Program ini berjaya memperkukuhkan kolaborasi strategik antara pelbagai pihak sambil mempromosikan inisiatif pembangunan tanah dan mineral di negeri ini.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








