Mesyuarat Kick-Off bagi projek renovasi dan pembekalan peralatan infra di Kampus Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah berlangsung di bilik Mesyuarat AADK Lipis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Pahang Skills yang juga peneraju AMMP, En. Mohd Yusri bin Mohd Noor, bersama Pengarah AMMP, En. Rashdan bin Abdul Manaf. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memastikan segala kerja-kerja renovasi serta pembekalan peralatan infra di Kampus AMMP dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Mesyuarat ini turut memberi penekanan terhadap keperluan koordinasi yang efektif antara pihak kontraktor dan pihak pengurusan AMMP untuk memastikan semua proses berjalan dengan teratur. Sokongan dari pihak AADK Lipis yang telah membenarkan penggunaan bilik mesyuarat tersebut, yang terletak berhampiran dengan kampus AMMP, juga amat dihargai. Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, diharapkan pembangunan Kampus AMMP dapat dijayakan dengan jayanya, sekaligus memberikan impak positif kepada perkembangan industri mineral di negeri Pahang.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








